Terma dan Syarat OCBC SME Access
Transkript
Terma dan Syarat OCBC SME Access
OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (818444-T) Terma dan Syarat OCBC SME Access Dengan mendaftar SME Access OCBC (“SME Access”), Pelanggan Layak (seperti dinyatakan di bawah) bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut (“Terma & Syarat”). 1. Pengenalan 1.1 SME Access adalah terbuka kepada pelanggan perbankan peniagaan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Pendaftaran Syarikat 295400-W) (“OCBC Bank”) dan/or OCBC Al-Amin Bank Berhad (No. Pendaftaran Syarikat 818444-T) (“OCBC Al-Amin”) (secara kolektif dikenali sebagai “Bank”), tertakluk pada terma dan syarat berikut. 1.2 SME Access boleh didapati di semua cawangan Bank di Malaysia. SME Access di cawangan OCBC Al-Amin adalah terhad kepada produk berasaskan Islam sahaja. 1.3 SME Access berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 sehingga diberitahu kelak untuk pelanggan perbankan perniagaan sedia ada dan baru Bank (seperti dinyatakan di bawah). 2. Kelayakan 2.1 SME Access adalah terbuka kepada pelanggan perbankan perniagaan baru dan sedia ada (secara kolektif dikenali sebagai “pelanggan”) secara jemputan. 2.2 Selain daripada dinyatakan di atas, pelanggan Bank yang berikut tidak layak untuk menyertai SME Access : 2.2.1 Pelanggan perbankan perniagaan Bank yang merupakan pemegang saham atau ahli kepada atau mengandungi mana-mana kakitangan (kekal atau berkontrak) Bank (termasuk anak syarikat Bank atau syarikat berkaitan) dan/atau ahli-ahli keluarga terdekat mereka; 2.2.2 Pelanggan sedia ada yang telah mendaftar kepada OCBC Biz Privilege Plan, termasuk Biz Platinum Plan, Biz Premier Plan dan Biz Essential Plan; dan 2.2.3 Pelanggan perbankan runcit Bank. 2.3 Akaun yang layak untuk menyertai SME Access adalah: 2.3.1 Akaun Semasa (“CA”) 2.3.2 Akaun Semasa-i (“CA-i”) OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 1 daripada 6 3. OCBC SME Access 3.1 Syarat-syarat 3.1.1 Pelanggan mestilah melengkap dan menyerahkan borang pendaftaran untuk mendaftar SME Access. 3.1.2 Pelanggan layak hanya berhak kepada penentuan harga istimewa dinyatakan dalam Fasal 3.1 apabila borang permohonan telah diterima dan diluluskan oleh Bank. 3.2 Akaun Semasa / Akaun Semasa -i 3.2.1 CA dan CA-i adalah dijamin untuk perlindungan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. 3.2.2 Pelanggan layak mesti mempunyai deposit permulaan / baki lejar akaun minimum sebanyak RM50,000.00 apabila membuka CA dan/atau CA-i baru dengan Bank. SME Access akan berkuatkuasa apabila CA dan/atau CA-i dibuka selaras dengan terma dan syarat ini dan mempunyai baki kredit harian tidak kurang daripada RM50, 000.00. 3.2.3 Sekiranya pelanggan didapati tidak layak pada bila-bila masa, promosi Hadiyyah untuk CA-i akan ditiadakan kepada pelanggan sepanjang tempoh ini. Bank berhak atas budibicaranya yang mutlak untuk menuntut pembayaran semula promosi Hadiyyah yang telah dibayar sepanjang tempoh ini. 3.2.4 Kadar Hadiyyah dikira setiap hari berdasarkan baki penutup harian dan dikreditkan kepada akaun pelanggan pada hujung bulan. 3.2.5 Semua kadar promosi Hadiyyah CA-i tertakluk kepada semakan semula kadar ini dari semasa ke semasa. Bank berhak atas budibicaranya yang mutlak untuk menukar kadar-kadar ini tanpa sebarang notis kepada pelanggan terlebih dahulu. 3.3 GIRO 3.3.1 3.3.2 3.3.3 Untuk pertanyaan terhadap kadar GIRO, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. Tiada caj dikenakan untuk penyerahan kepada badan-badan berkanun berikut: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-WP) Winzip, perkakasan „zip‟ untuk tujuan enkripsi data adalah diperlukan untuk penyerahan data perbankan di kaunter melalui disket dan/atau „pen drive‟. Sekiranya pelanggan memilih untuk membelinya daripada Bank, Sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan untuk pertanyaan terhadap kadar Winzip. OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 2 daripada 6 3.4 Kutipan Dana Interbank 3.4.1 Untuk pertanyaan terhadap kadar Kutipan Dana Interbank, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.4.2 Yuran pengaktifan untuk setiap akaun akan dikenakan untuk dibayarkan kepada MyClear. Untuk pertanyaan terhadap yuan pengaktifan, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.4.3 Kutipan Dana Interbank dibuat melalui perbankan telefon tidak boleh dipakai untuk dana dikutip daripada pihak ketiga. Kutipan dana interbank melalui perbankan telefon hanya membenarkan pelanggan untuk menggabungkan dana-dana daripada akaun-akaun bank lain kepada akaun-akaun OCBC. 3.5 Velocity@ocbc (Perbankan Internet) 3.5.1 Untuk pertanyaan terhadap kadar Velocity@ocbc, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.5.2 Perbankan internet boleh digunakan untuk kegunaan berikut: Pertanyaan baki akaun sahaja; atau Pertanyaan baki akaun dan transaksi perbankan online. 3.5.3 Pelanggan layak berhak mendapat satu (1) token keselamatan percuma untuk setiap ID Organisasi. Token keselamatan seterusnya akan dikenakan caj. Untuk pertanyaan terhadap kadar token keselamatan sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.6 eAlerts 3.6.1 Pemberitahuan emel dan SMS adalah seperti berikut: Baki akaun harian Tambah semula dana Cek dideposit telah dijelaskan Cek Masuk dan Keluar dipulangkan semula Untuk pertanyaan terhadap kadar eAlerts, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.6.2 Fasal 3.7.1 boleh dipakai kepada satu (1) orang pengguna untuk setiap akaun. Langganan pemberitahuan SMS seterusnya dikenakan untuk setiap langganan pada setiap bulan. Tiada caj dikenakan untuk langganan lanjutan pemberitahuan emel. Untuk pertanyaan terhadap kadar eAlerts, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.6.3 Pemberitahuan SMS SME Access tidak termasuk yang berikut: Cek Dikeluarkan OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 3 daripada 6 Dana Masuk Dana Keluar 3.7 Kad ATM Perniagaan (“Kad”) 3.7.1 Bank berhak untuk mengenakan yuran untuk Kad sebanyak RM8.00 (sekali bayar) pada tarikh Kad dikeluarkan. 3.7.2 Pelanggan layak berhak mendapat sehingga lima (5) keping kad untuk setiap akaun, atau seperti dihadkan oleh Bank dari semasa ke semasa, di mana Bank boleh menukarkannya tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemilik kad. 3.7.3 Kad kekal menjadi hak milik Bank pada setiap masa dan pemilik kad harus menyerahkan Kad kepada Bank sebaik sahaja diminta berbuat demikian. Penggunaan Kad adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan dari semasa ke semasa dan hanya dengan cara dibenar dan yang tertentu disini dan bertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa berasaskan budi bicara mutlak Bank. 3.7.4 Kad ini dikeluarkan hanya untuk kegunaan pemegang kad dan tidak boleh dipindah milik. Pemegang kad tidak boleh menggunakan kad sebagai cagaran atau jaminan untuk mendapatkan kemudahan kredit atau melakukan sebarang urusniaga berkaitannya. 3.7.5 Sekiranya Kad disyaki hilang, dicuri atau dimusnahkan dan/atau nombor pengenalan peribadi (“PIN”) telah diketahui, pemegang kad harus melaporkannya terus kepada Bank dan Kad tersebut akan digantung degang serta-merta. 3.7.6 Pemegang Kad harus bertanggungjawab atas semua transaksi dijalankan dengan Kad dan menerima rekod Bank terhadap semua transaksi sebagai terikat dan muktamad. Setiap Kad dihadkan pengeluaran tunai dari ATM sebanyak RM5,000.00 sehari atau lain-lain jumlah had ditetapkan Bank dari semasa ke semasa, di mana Bank berhak untuk menukarkannya tanpa sebarang notis kepada pemilik kad, tertakluk kepada jumlah dana di dalam akaun. 3.7.7 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kepada Kad sebaik ia diterima oleh pemegang kad. Bank akan mengeluarkan Kad gantian apabila diminta dengan caj penggantian sebanyak RM8.00 setiap kad. 3.7.8 Pemilik kad hendaklah memgembalikan Kad kepada Bank untuk pembatalan, sekiranya pemegang kad tidak ingin menggunakan kad, atau jikaa akaunnya telah ditutup untuk apa-apa sebab. 3.8 Bengkel Pengurusan Tunai: 3.8.1 Bengkel Pengurusan Tunai terdapat dalam pilihan-pilihan berikut : Di lokasi: dijalankan di premis pelanggan. Dalam kelas: dijalankan di premis OCBC terpilih. 3.8.2 Urusan latihan di lokasi akan dibuat oleh Bank pada bila-bila waktu dianggap sesuai. Pelanggan yang memilih latihan dalam kelas hendaklah mengesahkan pendaftaran mereka dengan membuat panggilan kepada Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan (rujuk kepada Fasal 3.10.1) atau emel kepada CMT@ocbc.com. OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 4 daripada 6 3.8.3 Latihan di lokasi dikenakan caj untuk setiap sesi dengan kapasiti minimum seramai satu (1) orang setiap sesi. Jumlah kapasiti maksimum adalah bergantung kepada saiz ruang yang terdapat di premis pelanggan. Untuk pertanyaan terhadap kadar Bengkel Pengurusan Tunai, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.8.4 Bank tidak akan bertanggungjawab untuk memulangkan yuran latihan sekiranya pelanggan tidak dapat menghadiri dan/atau membatalkan latihan di lokasi. Latihan gantian akan dijalankan apabila diminta dan yuran latihan untuk setiap sesi akan dikenakan. Untuk pertanyaan terhadap yuran latihan, sila hubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan. Bank berhak atas budibicaranya yang tunggal untuk menyemak semula kadar ini dari semasa ke semasa. 3.8.5 Tiada caj dikenakan untuk latihan dalam kelas. Kapasiti minimum adalah tiga (3) orang setiap sesi. Jumlah kapasiti maksimum adalah bergantung kepada saiz ruang yang terdapat di premis OCBC terpilih. 3.8.6 Topik latihan meliputi GIRO, Kutipan Dana Antara Bank dan perbankan internet serta mungkin berubah dari semasa ke semasa untuk latihan di lokasi dan dalam kelas, bergantung kepada keperluan pelanggan. 3.9 Perbankan Telefon Korporat 3.9.1 Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Komersial Perbankan Perniagaan: Talian (Dalam Malaysia): 1300 88 7000 (OCBC Bank) dan 1300 88 0255 (OCBC Al-Amin) Talian (Luar Malaysia): (603) 8317 5200 (OCBC Bank) dan (603) 8314 9090 (OCBC Al-Amin) 3.9.2 Waktu operasi perkhidmatan Perbankan Telefon Korporat adalah dari 9:00 pagi sehingga 6:00 petang, Isnin sehingga Jumaat. 3.10 Dengan mendaftar SME Access, pelanggan layak yang memenuhi syarat penyertaan berhak mendapat penentuan harga istimewa seperti dinyatakan di Fasal 3.1 adalah tertakluk kepada: 3.10.1 Terma dan syarat ini; 3.10.2 Terma dan Syarat Utama – Akaun dan Perkhidmatan; 3.10.3 Terma dan syarat Khidmat Pengurusan Tunai OCBC Bank dan OCBC AlAmin; 3.10.4 Terma dan Syarat GIRO Antara Bank; dan 3.10.5 Terma dan Syarat Perbankan Internet. OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 5 daripada 6 4. Syarat Am 4.1 SME Access adalah tidak sah dengan promosi lain, tawaran istimewa, kempen, program, dan sebagainya oleh Bank. 4.2 Bank adalah berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mendebit akaun pelanggan dengan OCBC Bank/ OCBC Al-Amin mana-mana difikirkan sesuai untuk mana-mana bank dan/atau yuran berkanun sedia ada, duti setem, caj komisen dan/atau perkhidmatan, bayaran ganti dan/atau (untuk pelanggan hilang kelayakan) sebarang bayaran balik untuk promosi Hadiyyah. 4.3 Bank adalah berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menarik balik, membatal, menangguh, melanjut atau menamatkan SME Access pada bila-bila masa secara menyeluruh atau sebahagian, atau mengubah, memadam atau menambah kepada mana-mana terma dan syarat di sini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu, sama ada menyiarkannya di laman web Bank (www.ocbc.com.my), atau lain-lain cara dianggap sesuai oleh Bank. Pelanggan adalah bersetuju untuk mengakses laman web Bank dinyatakan di sini pada skala masa yang tetap untuk meneliti terma dan syarat dinyatakan sini dan memastikan mereka sentiasa peka dengan sebarang pertukaran atau perubahan kepada terma dan syarat ini. Pelanggan tidak berhak untuk menuntut pampasan daripada Bank bagi sebahagian dan keseluruhan kerugian dan kerosakan dialami atau ditanggung pelanggan, sama ada akibat secara langsung atau tidak daripada penarikan balik, pembatalan, penangguhan, pelanjutan atau penamatan SME Access atau sebarang perubahan, pembatalan atau penambahan kepada mana-mana terma dan syarat di sini. 4.4 Terma dan Syarat ini akan ditadbirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan kesemua Pemegang Akaun bersetuju untuk mematuhi perundangan yang eksklusif kepada mahkamah Malaysia. OCBC SME Access T&C BM v2012.1.0 Halaman 6 daripada 6